Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peminat Tesla nantikan rancangan Musk bina kereta kos rendah

Anggaran Waktu Membaca:

SAN FRANCISCO: Selama beberapa tahun ini, Ketua Eksekutif Tesla Elon Musk
memberi bayangan tentang impiannya untuk membangunkan kereta elektrik kos rendah.

Minggu ini, peminat Tesla berharap Encik Musk akan menjelaskan rancangannya itu dan bagaimana beliau mampu untuk mencipta kereta sedemikian.

Tahun lalu, Encik Musk menangguhkan rancangannya untuk membina kereta bernilai AS$25,000 (S$33,700) yang dikenali sebagai Model 2.

Menurutnya beliau belum lagi dapat menguasai teknologi bateri yang dikatakannya penting untuk membina kereta murah.

Penghasilan kereta kos rendah untuk dijual di pasaran lebih luas penting bagi memenuhi matlamat Tesla untuk menambah penghantaran kenderaan sebanyak 15 kali ganda kepada 20 juta menjelang 2030.

Tesla mengurangkan harganya sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk meningkatkan jualan, ekoran tekanan ekonomi yang lemah dan persaingan yang semakin meningkat.

Sahamnya naik kira-kira 60 peratus tahun setakat ini tetapi masih pada separuh harga puncaknya pada November 2021.

Kereta kos rendah itu dijangka menjadi tumpuan utama "Pelan Induk Bahagian Tiga" Encik Musk. Ia akan dibentangkan pada "Hari Pelabur", Rabu (1 Mac), bersama dengan rancangannya untuk meluaskan kilang dan meningkatkan perbelanjaan aset.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan