Pemimpin yang sabit kesalahan rasuah perlu disenarai hitam daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya
Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disabit bersalah kes mahkamah berkaitan rasuah perlu disenarai hitam daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Pengerusi Rasuah Busters Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel berkata, penguatkuasaan larangan itu bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih nanti dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.
“Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan tidak membenarkan pesalah rasuah ini menjadi calon di mana-mana kawasan buat selama-selamanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Dr Hamdan Daniel, ahli Parlimen berkenaan telah menyalurkan dana diperuntukkan kerajaan negeri pada waktu yang tidak sesuai iaitu ketika berkempen.
“Sebelum menyalurkan apa-apa sumbangan, ahli politik dinasihatkan untuk membuat ulang kaji terlebih dahulu agar tidak timbul sebarang spekulasi penyalahgunaan dana, lapor Sinar Harian.
“Bakal Yang Berhormat perlu lebih cakna dalam menyampaikan sumbangan. Jika tersalah langkah, ia bakal mengundang natijah yang lebih besar,” ujar beliau.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.