Skip to main content

Dunia

Pemimpin utama parti menang PRU15 M'sia, nama besar tumbang

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin utama parti menang PRU15 M'sia, nama besar tumbang

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 20 Nov 2022 10:45AM Dikemas Kini : 20 Nov 2022 11:03AM
KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum Malaysia ke-15 (PRU15) pada Sabtu (19 Nov) nampaknya gagal untuk memulihkan kemantapan politik di negara itu.

Ia menghasilkan keadaan Parlimen Tergantung.

Tiada parti politik berjaya menang sekurang-kurangnya majoriti mudah, 111 kerusi, bagi membentuk sendiri kerajaan.

Pakatan Harapan (PH) muncul sebagai pemenang terbesar tetapi hanya menguasai 82 kerusi parlimen.

Perikatan Nasional (PN) menyusul dengan 73 kerusi.

Sungguhpun begitu PH dan PN mendakwa berupaya membentuk kerajaan baru menerusi kerjasama dengan parti-parti lain.

Namun PN menegaskan tidak akan bekerjasama dengan PH.

Barisan Nasional (BN) pula mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah politiknya.

Ia bertanding di 178 kawasan undi tetapi hanya menang 30.

Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi berkata BN menerima keputusan tersebut dan menyifatkannya sebagai isyarat rakyat kepada bekas parti kerajaan itu.

Berikut ini senarai pemimpin utama parti politik yang berjaya mengekalkan penguasaan mereka di kerusi Parlimen menang dan mereka kecundang.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi, menepati ramalan awal apabila masing-masing mencatatkan kemenangan bergaya di kerusi Parlimen Tambun dan Bagan Datuk.

MENANG:

*Anwar Ibrahim (PH) Parlimen Tambun

*Ahmad Zahid Hamidi (BN)
Parlimen Bagan Datuk

* Muhyiddin Yassin (PN)
Parlimen Pagoh

*Abdul Hadi Awang (PAS)
Parlimen Marang

*Dr Wee Ka Siong (MCA/BN)
Parlimen Ayer Hitam

*Anthony Loke Siew Fook (DAP/PH)
Parlimen Seremban

*Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA)
Parlimen Muar

*Mohd Shafie Apdal (WARISAN)

*Hishammuddin Hussein (BN)
Parlimen Sembrong

*Dr Radzi Jidin (PN)
Parlimen Putrajaya

*Takiyuddin Hassan (PAS)
Parlimen Parit Sulong

*Rafizi Ramli (PKR)
Parlimen Pandan

*Lim Guan Eng (DA)
Parlimen Bagan

*Mohamad Sabu (AMANAH)

*Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH)
Bandar Tun Razak

*Saifuddin Nasution Ismail (PH)
Parlimen Kulim-Bandar Baharu

Dalam pada itu, tiada siapa menduga tsunami PRU15 mampu membadai nama-nama besar dalam politik tanah air Malaysia antaranya Dr Mahathir Mohamad, Nurul Izzah Anwar, Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Tengku Adnan.

Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG)
Parlimen Langkawi

Mukhriz Mahathir (PEJUANG)
Parlimen Jerlun

Tengku Razaleigh Hamzah (BN)
Parlimen Gua Musang

SA Vigneswaran (MIC)
Parlimen Sungai Siput

Khairy Jamaluddin (BN)
Parlimen Sungai Buloh

Nurul Izzah Anwar (PH)
Parlimen Permatang Pauh

Mohamed Azmin Ali (PN)
Parlimen Gombak

Mahdzir Khalid (BN)
Parlimen Padang Terap

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (BN)
Kuala Selangor

Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)
Parlimen Putrajaya
Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita