Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin utama ISIS Bilal Al-Sudani terbunuh dalam serbuan AS di Somalia

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Somalia pada Rabu (25 Jan) mengorbankan beberapa anggota ISIS termasuk seorang pemimpin utama kumpulan itu, kata Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin.

“Antara yang terbunuh ialah Bilal-al-Sudani, seorang pemimpin ISIS di Somalia dan pemudah cara bagi rangkaian global ISIS.

“Al-Sudani bertanggungjawab dalam mengukuhkan dan meningkatkan penglibatan ISIS di Afrika dan membiayai operasi kumpulan itu di seluruh dunia termasuk di Afghanistan,” kata Encik Austin dalam satu kenyataan yang dipetik Xinhua. 

Operasi itu dilaksanakan di utara Somalia dan tidak menyebabkan kematian orang awam, menurut kenyataan itu.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan