Skip to main content

Dunia

Pemimpin utama EU sertai perbincangan Trump, Zelenskyy di Washington

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin utama EU sertai perbincangan Trump, Zelenskyy di Washington

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyambut Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Rumah Putih, Washington, pada 28 Februari 2025. (Gambar: AP Photo/Ben Curtis)

GENEVA/BERLIN: Pemimpin utama Eropah akan ke (18 Ogos) untuk menyertai perbincangan mengenai Ukraine bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni dan Presiden Finland Alexander Stubb dijadualkan menghadiri pertemuan itu.

Pemerintah Jerman berkata lawatan itu akan menjadi sesi "pertukaran maklumat" menyusuli pertemuan Encik Trump baru-baru ini dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska.

Perbincangan dijangka tertumpu pada jaminan keselamatan, isu wilayah, sokongan terhadap pertahanan Ukraine dan usaha mengekalkan tekanan sekatan ke atas Rusia.

Di Helsinki, pejabat presiden Finland mengesahkan penyertaan Encik Stubb dalam pertemuan yang disifatkan sebagai "pertemuan mengenai keamanan di Ukraine."

Agensi berita Itali ANSA turut mengesahkan kehadiran Cik Meloni.

Media antarabangsa melaporkan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dan Setiausaha Agung NATO Mark Rutte juga akan menyertai perbincangan di Washington itu.

Pada Jumaat, Encik Trump dan Encik Putin mengadakan pertemuan tertutup selama tiga jam dengan Encik Putin menyatakan bahawa mereka sudah mencapai satu "persefahaman."

Selepas pertemuan itu, Encik Trump memberitahu Fox News bahawa walaupun kemajuan dicapai, kini terpulang kepada Encik Zelenskyy dan pemimpin Eropah "untuk menyelesaikannya."
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita