Pemimpin UMNO Kedah letak jawatan, gesa Ahmad Zahid lakukan sama
Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Othman Aziz pada Ahad (20 Nov) mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sebagai mengambil tanggungjawab moral susulan kekalahan BN khususnya parti itu di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Encik Othman, yang tewas di Parlimen Jerlun, turut mendesak Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan ekoran prestasi buruk dan teruk parti serta BN.
“Kita telah mencuba sehabis baik dan kita menerima ini adalah satu penolakan mutlak orang-orang Melayu terhadap UMNO ketika ini maka sudah tentulah kita merasakan kita memerlukan satu rombakan ataupun baik pulih dari segi kepimpinan UMNO.
“Jadi saya menggesa Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO berfikir secara terbuka dan berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya,” katanya kepada wartawan hari ini.
Beliau juga berkata pengundi khususnya orang Melayu sudah memberikan satu petanda yang cukup jelas dalam PRU15 bahawa mereka tidak menggemari gaya dan cara pemimpin UMNO mengemudi parti itu.
Pada PRU15 semalam (19 Nov), BN tewas di kesemua 14 kerusi Parlimen yang ditandingi di Kedah.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.