Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin ulung Iran sokong usaha lerai tunjuk perasaan; tanda tindakan lebih keras bakal diambil

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin ulung Iran sokong  usaha lerai tunjuk perasaan; tanda tindakan lebih keras bakal diambil

Gambar fail pemimpin ulung Iran Ayatollah Ali Khamenei (Gambar: Reuters/Caren Ferouz)

DUBAI: Pemimpin ulung Iran Ayatollah Ali Khamenei pada Isnin (3 Okt) memberi sokongan penuh kepada pasukan keselamatan yang berdepan dengan tunjuk-tunjuk perasaan, yang tercetus disebabkan kematian Mahsa Amini, yang berada dalam tahanan.

Malah, komen tersebut seolah-olah menandakan tindakan lebih keras yang dijangka dijalankan untuk meleraikan tunjuk perasan yang masih diadakan sejak lebih dua minggu lalu.

Dalam ulasan pertamanya mengenai kematian wanita yang berusia 22 tahun itu selepas penahanannya oleh polis penjaga tatatertib disebabkab "pakaian yang tidak sesuai", Encik Khamenei menyuarakan duka citanya mengenai kematian Amini.

Sungguhpun demikian, Encik Khamenei menekankan kepada sekumpulan kadet angkatan bersenjata bahawa "tugas pasukan keselamatan kita, termasuk polis, adalah untuk memastikan keselamatan negara Iran ... Orang-orang yang menyerang polis, menyebabkan rakyat Iran tiada pertahanan terhadap samseng, perompak dan pemeras ugut."

Pasukan keselamtan, termasuk polis dan sukarelawan Basij militia, sudah memimpin usaha meleraikan bantahan, dengan ribuan diberkas dan ratusan cedera, menurut kumpulan hak asasi.

Ini sekali gus meletakkan angka korban kepada lebih 130.

"Sesetengah orang mencetuskan keadaan tidak aman di jalanan," tegas Encik Khamenei sambil mengutuk keras apa yang disifatkan beliau sebagai "tunjuk perasaan" yang dirancang. Malah, beliau menuduh Amerika Syarikat dan Israel menjadi dalang rusuhan di merata negaranya berikutan kematian seorang wanita semasa dalam tahanan polis penjaga tatatertib.

Tindakan keras terhadap tunjuk perasaan itu mengundang kecaman antarabangsa yang meluas. Rumah Putih mengutuk tindakan keras itu dan begitu juga Britain, yang menyifatkan usaha melerai tunjuk perasaan itu sebagai "sangat mengejutkan".
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan