Pemimpin ulung Iran beri pengampunan kepada puluhan ribu tahanan
Anggaran Waktu Membaca:

Pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei. (Gambar fail: Khamenei.IR/ AFP)
DUBAI: Televisyen Iran melaporkan pada Ahad (5 Feb) bahawa pemimpin ulung negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, sudah memberi pengampunan kepada puluhan ribu tahanan, termasuk mereka yang dikaitkan dengan siri bantahan antipemerintah.
Pengampunan itu diberikan sempena ulang tahun ke-44 Revolusi Islam di Iran.
Media Iran menyatakan mereka yang diberi pengampunan adalah orang-orang muda yang dikatakan terpesong kerana pengaruh dan propaganda pihak asing.
Namun demikian, pengampunan oleh Encik Khamenei itu diluluskan dengan beberapa syarat, menurut butiran yang diumumkan dalam laporan media negara. Langkah tersebut tidak dikenakan bagi mana-mana tahanan yang mempunyai dua kewarganegaraan di Iran.
Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia percaya sekurang-kurangnya 20,000 penunjuk perasaan ditahan pasukan keselamatan Iran dalam masa beberapa bulan lalu.
Bantahan besar-besaran antipemerintah tercetus berikutan kematian seorang wanita muda semasa dalam tahanan polis pada pertengahan September tahun lalu.
Mahsa Amini ditahan kerana dikatakan tidak pakai hijab dengan betul.

Sumber : Agensi berita/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.