Pemimpin tentera Sudan yang berbalah setuju laksana gencatan senjata 7 hari
Anggaran Waktu Membaca:

Pemimpin tentera Sudan yang berbalah setuju laksana gencatan senjata 7 hari. (Gambar: AFP)
SUDAN: Kedua-dua pemimpin tentera Sudan yang berbalah bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama tujuh hari, sedang pertempuran di negara itu memasuki minggu yang keenam.
Perjanjian gencatan senjata akan bermula 48 jam selepas ia dimeterai.
Setiausaha Amerika Syarikat Antony Blinken mengesahkan perjanjian itu, sambil mengatakan ia membolehkan akses kemanusiaan tanpa sebarang hambatan.
Konflik bersenjata antara tentera Sudan dengan cabang separa tentera menimbulkan keadaan huru-hara di negara itu.
Lebih sejuta penduduk hilang tempat tinggal.
Bekalan makanan, wang tunai dan keperluan asas juga semakin berkurangan dan pencurian berlaku secara berleluasa di bank, kedutaan, kilang dan gedung bantuan kemanusiaan.
Beberapa gencatan senjata sebelum ini sudah dilanggar,
yang mana ia menjejas harapan di sekitar perjanjian terkini.

Sumber : Agensi berita/HA/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.