Pemimpin tentera Myanmar berucap, kali pertama sejak rampasan kuasa
Beliau berkata demikian sedang tunjuk-tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera diadakan di merata Myanmar.
Gambar fail komander tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing. (Gambar: Reuters/Lynn Bo Bo/Pool)
YANGON: Pemimpin junta tentera Myanmar (8 Feb) menggesa orang ramai supaya mengutamakan fakta dan bukan perasaan sambil menambah bahawa satu pilihan raya akan diadakan dan kuasa akan diserahkan kepada parti yang menang kelak.
Beliau berkata demikian sedang tunjuk-tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera diadakan di merata Myanmar.
Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, dalam ucapan pertamanya sejak rampasan kuasa seminggu lalu, berkata junta itu berbeza daripada pemerintah-pemerintah tentera sebelum ini.
Para menteri yang sesuai dipilih, kata beliau, sambil menambah dasar asing tidak akan berubah dan negara-negara lain digalakkan melabur di Myanmar.
Beliau juga menekankan bahawa penyelewangan berlaku dalam pilihan raya tahun lalu dan tidak diendahkan. Menurutnya tiada pertubuhan yang tidak boleh disentuh undang-undang. Beliau bagaimanapun tidak menyebut tentang pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.
Cik Aung San Suu Kyi, bersama puluhan anggota lain parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), ditahan oleh tentera pada minggu lalu.
Beliau berdepan tuduhan mengimport alat walkie-talkie secara haram dan ditahan polis bagi siasatan sehingga 15 Februari. Peguam Cik Aung San Suu Kyi belum dibenarkan untuk berjumpa dengannya.
Undang-undang tentera diisytiharkan di beberapa bahagian di bandar kedua terbesar Myanmar, Mandalay hari ini, selepas ratusan ribu berhimpun di merata negara itu sebagai membantah rampasan kuasa tentera.
Perintah itu meliputi tujuh bandar di Mandalay dengan orang ramai dilarang daripada menunjuk perasaan atau berhimpun dalam kumpulan lebih daripada lima orang.
Perintah berkurung juga dikuatkuasakan dari pukul 8 malam hingga 4 pagi (waktu tempatan), kata jabatan pentadbiran awam dalam satu kenyataan.
Perisytiharan serupa dibuat di bandar Ayeyarwaddy, jauh ke selatan, manakala pengumuman undang-undang tentera juga dijangka dibuat untuk kawasan-kawasan lain malam ini.
“Arahan ini berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak,” kata sebuah majlis perbandaran di Mandalay dalam satu kenyataan.
"Sebilangan orang ... berkelakuan dalam cara membimbangkan yang dapat membahayakan keselamatan masyarakat dan penguatkuasa undang-undang. Tingkah laku sedemikian dapat mempengaruhi kestabilan, keselamatan orang, penguatkuasa undang-undang, dan keadaan kampung yang damai serta mencetuskanan rusuhan,. Atas sebab itulah perintah ini melarang orang ramai berkumpul, berucap di khalayak ramai, melakukan tunjuk perasaan dengan menggunakan kenderaan, perhimpunan," tambah kenyataan itu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.