Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin Taliban 'sokong huraian politik' bagi konflik Afghanistan: Kenyataan

Pemimpin tertinggi Taliban Hibatullah Akhundzada pada Ahad (18 Jul) mengumumkan beliau "sangat menyokong" huraian politik bagi konflik di Afghanistan, sedang gerakan tegar tersebut terus melancarkan serangan di seluruh Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin Taliban 'sokong huraian politik' bagi konflik Afghanistan: Kenyataan

Gambar fail lelaki berdiri di sempadan Afghanistan berdekatan lintasan ke Pakistan (Gambar: AFP/Banaras KHAN)

Diterbitkan : 18 Jul 2021 07:14PM Dikemas Kini : 18 Jul 2021 07:20PM

KABUL: Pemimpin tertinggi Taliban Hibatullah Akhundzada pada Ahad (18 Jul) mengumumkan beliau "sangat menyokong" huraian politik bagi konflik di Afghanistan, sedang gerakan tegar tersebut terus melancarkan serangan di seluruh Afghanistan.

Pengumuman itu dibuat ketika wakil pemerintah Afghanistan dan pemberontak Taliban bertemu di Doha pada hujung minggu ini, memberi harapan pusingan baru rundingan damai yang kian lama tergendala dapat disambung semula.

"Meskipun kami menguasai lebih banyak kawasan, kami sangat mendukung penyelesaian politik di negara ini," kata Akhundzada dalam satu kenyataan sempena Aidiladha.

Sebelum rundingan damai kali ini, pemerintah Afghanistan dan Taliban juga pernah bertemu di Qatar untuk membahaskan hal serupa.

Namun, mereka gagal mencapai kata sepakat sehingga akhirnya pasukan Amerika Syarikat dan sekutunya meninggalkan Afghanistan.

Pemimpin Taliban itu menegaskan kumpulannya tetap komited mencari jalan keluar untuk menamatkan perang tetapi mengecam pihak yang disebut sebagai "parti pembangkang" kerana "membuang masa".

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan