Pemimpin SG ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Lawrence Wong mengutus surat kepada Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake, mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (27 Sep).
Encik Dissanayake, yang berusia 55 tahun itu, mengangkat sumpah jawatan pada Isnin (23 Sep), Persatuan Negara-Negara Pinggir Lautan Hindi. beliau menang pilihan raya presiden dengan 42.3 peratus undi pada 21 September.
Pesaing terdekatnya, ketua pembangkang Sajith Premadasa, meraih 32.8 peratus manakala penyandang jawatan tersebut ketika itu Ranil Wickremesinghe menduduki tempat ketiga dengan 17 peratus.
Encik Dissanayake merupakan presiden sayap kiri pertama Sri Lanka. Ahli politik itu, yang sebelum ini berpandangan tidak konvensional, menerima lebih banyak sokongan selepas krisis ekonomi negara itu pada 2022 membuat rakyat biasa berdepan kesukaran.
KEYAKINAN PENDUDUK
Dalam suratnya pada Isnin, Encik Tharman menyampai ucapan tahniah.
"Ini menunjukkan keyakinan penduduk Sri Lanka untuk nada memimpin negara ke hadapan," tulis Encik Tharman mengenai pemilihan Encik Dissanayake.
Singapura dan Sri Lanka menikmati "hubungan muhibbah dan panjang", diperkukuh dengan kerjasama ekonomi kedua-dua negara serta jalinan hubungan antara rakyat, tambah beliau.
"Saya menantikan kerjasama dengan anda untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara kita sedang kita meraikan 55 tahun hubungan diplomatik pada 2025."
Dalam surat ucapan tahniah beliau, Encik Wong juga menarik perhatian kepada hubungan persahabatan yang panjang antara Singapura dengan Sri Lanka, diperkuatkan oleh minat yang dikongsi bersama dalam banyak bidang seperti kredit karbon dan pembangunan keupayaan.
"Kita bekerjasama dengan baik dalam platform berbilang pihak dan merupakan rakan anggota Persatuan Negara-Negara Pinggir Lautan Hindi dan Komanwel," kata Encik Wong.
"Tahun depan, kita akan meraikan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik kita. Saya menantikan kerjasama dengan anda untuk memperluaskan lagi hubungan ini."
Encik Tharman dan Encik Wong turut mendoakan kesihatan yang baik serta mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Dissanayake.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.