Pemimpin SG kirim ucapan takziah selepas taufan membadai Filipina
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr selepas taufan yang membadai berturut-turut meragut nyawa ramai penduduk dan menimbulkan kemusnahan besar, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (14 Nov).
Taufan Super Fung-wong, yang dikenali secara tempatan sebagai Taufan Super Uwan, membadai Filipina pada petang Ahad lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.
Ia berlaku hanya beberapa hari selepas negara itu dilanda Taufan Kalmaegi, yang dikenali secara tempatan sebagai Taufan Tino. Ia mengorbankan sekurang-kurangnya 232 orang.
Menulis bagi pihak rakyat Singapura, Presiden Tharman Shanmugaratnam menyampaikan ucapan takziah yang paling mendalam atas kehilangan nyawa dan kerosakan meluas akibat kedua-dua taufan tersebut.
"Singapura berdiri teguh bersama Filipina pada masa yang sukar ini," katanya dalam surat yang bertarikh Rabu lalu.
"Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan anda dan dengan daya tahan rakyat anda, Filipina akan mengatasi kesukaran ini dan muncul lebih kuat."
Presiden Tharman menambah bahawa Singapura bersedia untuk membantu dalam gerakan bantuan.
Perdana Menteri Lawrence Wong juga berkata beliau amat sedih dengan jumlah korban dan kemusnahan akibat Taufan Tino dan Taufan Super Uwan, yang berlaku selepas bencana alam lain melanda Filipina baru-baru ini.
Kedua-dua taufan itu melanda hanya sebulan selepas Filipina dilanda gempa bumi bermagnitud 6.9 yang mengorbankan puluhan orang dan mencederakan ratusan yang lain.
Gempa cetek itu berlaku di perairan berhampiran pulau Cebu, merosakkan talian elektrik, jambatan dan beberapa bangunan. Gempa itu meragut jumlah korban paling banyak sejak sekurang-kurangnya 2013.
"Kami mendoakan kesejahteraan bagi keluarga yang kehilangan orang tersayang, mereka yang cedera, dan semua masyarakat yang perlu mengharungi proses pemulihan," kata PM Wong dalam suratnya pada Khamis.
"Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan anda, rakyat Filipina akan mengatasi tempoh sukar ini dengan kekuatan dan ketabahan."
"Sila jangan teragak-agak untuk memberitahu saya bagaimana kami boleh membantu," kata PM Wong, sambil menambah bahawa Singapura bersedia menghulurkan bantuan kepada Filipina.
Pada masa ini tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang cedera akibat taufan tersebut, tetapi MFA menyatakan bahawa ia sedang memantau keadaan dengan teliti.
Pihak kementerian juga sudah menghubungi rakyat Singapura yang berdaftar secara elektronik di kawasan yang terjejas untuk memberikan sebarang bantuan konsular yang diperlukan.
"Rakyat Singapura di kawasan yang terjejas dinasihatkan agar terus berwaspada, mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu demi keselamatan diri mereka dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan," tambahnya.
Mereka yang sudah berada atau akan berangkat ke Filipina sangat digalakkan untuk mendaftar secara elektronik dengan MFA dan membeli insurans perjalanan yang komprehensif.
Rakyat Singapura di Filipina yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Manila atau menghubungi talian hotline 24 jam Pejabat Bertugas MFA di 6379 8800 atau 6379 8855.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.