Pemimpin S'pura sampaikan ucap tahniah kepada Maharaja Naruhito
Para pemimpin Singapura menyampaikan ucap tahniah kepada Maharaja Jepun yang baru, Naruhito sambil mengesahkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Maharaja Jepun Naruhito secara rasmi naik takhta pada 1 Mei (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura menyampaikan ucap tahniah kepada Maharaja Jepun yang baru, Naruhito sambil mengesahkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.
Maharaja Naruhito mengambil alih takhta hari ini (1 Mei) selepas bapanya mantan Maharaja Akihito melepaskan jawatan itu semalam dan kini digelar Maharaja Emeritus.
Presiden Halimah Yacob melahirkan penghargaan kepada Maharaja Emeritus Akihito dan isteri kerana memelihara hubungan persahabatan yang kukuh antara Singapura dengan Jepun, yang termasuk lawatan negara bersejarah oleh mereka ke Singapura pada 2006.
Presiden Halimah yakin di bawah Maharaja Naruhito, Jepun akan terus sejahtera di tengah-tengah keamanan yang berkekalan serta kemantapan dalam era baru.
Beliau mengalu-alukan kedatangan pasangan DiRaja Jepun ke Singapura dalam waktu yang terdekat.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga menyampaikan ucap tahniahnya bagi pihak pemerintah Singapura dan berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Maharaja dan Maharani baru Jepun.
PM Lee menambah beliau yakin hubungan antara kedua-dua negara akan mencapai ke tahap lebih tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.