Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin politik M'sia menghadap Agong; usaha cari PM baru diperhebat

Para pemimpin parti politik dipanggil untuk menghadap Agong pada Selasa (17 Ogos), sedang proses untuk menentukan perdana menteri baru dipergiatkan menyusuli peletakan jawatan Encik Muhyiddin Yassin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin politik M'sia menghadap Agong; usaha cari PM baru diperhebat

Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Aug 2021 11:43AM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 11:45AM

KUALA LUMPUR: Para pemimpin parti politik dipanggil untuk menghadap Agong pada Selasa (17 Ogos), sedang proses untuk menentukan perdana menteri baru dipergiatkan menyusuli peletakan jawatan Encik Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan media Malaysia, kesemua parti politik akan menghadap Agong, bermula petang Selasa.

Parti-parti politik dipercayai sudah memulakan rundingan untuk memperolehi kuasa majoriti dalam Dewan Rakyat, sedang pengganti Encik Muhyiddin yang jelas masih belum muncul.

Perdana Menteri seterusnya perlu meyakinkan Agong bahawa beliau berupaya mendapatkan sokongan majoriti daripada Dewan Rakyat, yang kini mempunyai 220 Anggota Parlimen dan dua kerusi kosong.

Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Encik Muhyiddin sebelum beliau meletak jawatan setelah hilang kuasa majoriti dalam Parlimen, mempunyai sekitar 100 Anggota Parlimen, menurut The Star.

Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Encik Anwar Ibrahim, mempunyai sekitar 88 Anggota Parlimen, lapor The Star.

Mengusulkan "Kabinet Perang" dengan tumpuan kepada pemulihan negara, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sedang "menimbangkan beberapa calon" dan menyeru semua AP untuk memberikan sokongan mereka.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan