Pemimpin politik Hamas maut dalam serangan udara Israel
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
KHAN YOUNIS: Pemimpin politik Hamas Salah al-Bardaweel maut dalam serangan udara Israel ke atas Khan Younis, selatan Gaza pada Ahad (23 Mac).
Israel telah memperhebatkan serangan mereka ke atas Gaza sejak Selasa lalu (18 Mac).
Media Hamas menyatakan serangan udara Israel telah membunuh Encik Bardaweel, yang merupakan anggota pejabat politik kumpulan tersebut, serta isterinya.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berulang kali berkata
bahawa tujuan utama perang adalah untuk memusnahkan Hamas sebagai entiti ketenteraan dan pemerintah.
Beliau berkata kempen baharu itu bertujuan mendesak Hamas supaya membebaskan baki tebusan warga Israel.
Ketua pemerintah sementara Hamas Essam Addalees dan ketua keselamatan dalaman Mahmoud Abu Watfa merupakan dalam kalangan individu yang maut dalam serangan Israel pada Selasa, selain beberapa pegawai lain.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.