Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin parti, calon PRU15 datang awal mengundi

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin parti, calon PRU15 datang awal mengundi

Gambar: Astro Awani/Bernama/Cosmo Online

Diterbitkan : 19 Nov 2022 11:39AM Dikemas Kini : 19 Nov 2022 11:46AM
KUALA LUMPUR: Sebaik pusat mengundi dibuka awal pagi ini, calon-calon bertanding termasuk pemimpin parti tidak ketinggalan hadir awal bagi menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu (19 Nov).

Menariknya ada dalam kalangan mereka turut sama beratur bersama pengundi lain sementara menunggu pusat pengundian dibuka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengundi di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat, tiba kira-kira pukul 8.20 pagi untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Calon PN bagi Parlimen Gombak Azmin Ali pula tiba pada pukul 8.30 pagi untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Hulu Kelang, menurut Bernama.

Satu lagi calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin juga selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, Rembau sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pagi tadi.

Beliau yang memakai baju kemeja putih dan biru itu dilihat hadir seorang diri kira-kira pukul 8.40 pagi tadi, lapor Astro Awani.

Encik Khairy ketika ditemui berkata, meskipun berpindah kerusi selepas menang tiga penggal berturut-turut di kerusi Parlimen Rembau, sokongan penuh tetap diberikan kepada calon BN di Rembau, Mohamad Hasan.

Turut menunaikan tanggungjawabnya mengundi adalah calon Parlimen Tambun Anwar Ibrahim. Beliau selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti, Permatang Pauh di sini, kira-kira pukul 9.10 pagi. Encik Anwar yang tiba di pusat pengundian itu pada pukul 8.59 pagi adalah antara individu terawal yang menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, lapor Astro Awani.

Di Parlimen Pagoh pula, Calon Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin juga selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada jam 9.15 pagi tadi.

Terdahulu, beliau tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 8.56 pagi dengan diiringi isteri dan beberapa pegawainya.

Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob pula sempat bersalaman dengan orang ramai yang hadir di SMK Bandar Kerayong untuk mengundi pada pukul 9.20 pagi, lapor Kosmo Online.

Beliau kemudiannya beratur dan mengundi pada pukul 10.28 pagi tadi untuk pertahankan kerusi parlimen Bera bagi Barisan Nasional.
Sumber : Bernama//agensi/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan