Pemimpin Myanmar disokong tentera mahu nilai semula hubungan dengan ASEAN
Pemimpin Myanmar yang disokong tentera, Min Aung Hlaing, pada Rabu (18 Nov) berkata beliau sedang menilai semula hubungan negaranya dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), namun akan meneruskan perbincangan dengan negara-negara anggota pertubuhan tersebut.
Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing memeriksa kawalan kehormatan semasa upacara sambutan menjelang pertemuannya dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 8 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Azneal Ishak/Pool)
- On Wednesday, Nov 18, Myanmar’s army-backed leader Min Aung Hlaing said he was reassessing ties with ASEAN but would continue discussions with member states.
- After the 2021 coup triggered a civil war, Myanmar’s leadership was barred from attending ASEAN summits; Min Aung Hlaing was chosen as president in April after elections that were widely condemned.
- He plans to hold a peace summit in February to end the fighting during his five-year term, and has visited several member states to restore ties with the 11-member ASEAN.
- ASEAN said full participation by Myanmar’s political representatives could be restored gradually if the country makes progress in implementing an agreed plan to resolve the crisis.
- Pada Rabu, 18 November, pemimpin Myanmar yang disokong tentera, Min Aung Hlaing, berkata beliau sedang menilai semula hubungan dengan ASEAN tetapi akan meneruskan perbincangan bersama negara anggota.
- Selepas rampasan kuasa pada 2021 mencetuskan perang saudara, kepimpinan Myanmar tidak dibenarkan menghadiri sidang puncak ASEAN; Min Aung Hlaing pula dipilih sebagai presiden pada April selepas pilihan raya yang dikecam secara meluas.
- Beliau merancang sidang damai pada Februari bagi menamatkan pertempuran sepanjang penggal lima tahunnya, dan telah melawat beberapa negara anggota untuk memulihkan hubungan dengan ASEAN yang mempunyai 11 anggota.
- ASEAN menyatakan penyertaan penuh wakil politik Myanmar mungkin dipulihkan secara berperingkat jika negara itu menunjukkan kemajuan dalam melaksanakan pelan yang dipersetujui bagi menyelesaikan krisis.
MYANMAR: Pemimpin Myanmar yang disokong tentera, Min Aung Hlaing, pada Rabu (18 Nov) berkata beliau sedang menilai semula hubungan negaranya dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), namun akan meneruskan perbincangan dengan negara-negara anggota pertubuhan tersebut.
Encik Min Aung Hlaing, yang melancarkan rampasan kuasa terhadap pemerintah awam yang dipilih rakyat pada 2021 sehingga mencetuskan perang saudara di seluruh negara, memberitahu parlimen bahawa beliau juga merancang untuk mengadakan sebuah sidang damai pada Februari.
Sidang tersebut bertujuan untuk menamatkan pertempuran dalam tempoh lima tahun penggalnya.
Beliau dipilih sebagai presiden pada April menyusuli pilihan raya yang dikecam secara meluas dan didominasi parti yang disokong tentera.
Sejak itu, Encik Min Aung Hlaing berusaha memulihkan hubungan dengan ASEAN yang mempunyai 11 negara anggota.
Kepimpinan Myanmar tidak dibenarkan menghadiri sidang puncak pertubuhan tersebut sejak rampasan kuasa pada 2021.
Beliau sudah mengadakan lawatan ke beberapa negara anggota ASEAN sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Para pemimpin ASEAN pada Ahad menyatakan bahawa mereka mungkin menimbangkan untuk memulihkan secara berperingkat penyertaan penuh wakil politik Myanmar dalam pertubuhan serantau tersebut, sekiranya negara tersebut menunjukkan kemajuan dalam melaksanakan pelan yang sudah lama dipersetujui bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.