Pemimpin Korea Utara ucap tahniah atas pelantikan semula Xi jinping
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: KCNA/KNS/AFP/STR)
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengutus surat, mengucapkan tahniah kepada pemimpin China, Xi Jinping atas pelantikan semula bagi penggal ketiga.
Beliau berharap agar hubungan dua hala kedua-dua negara itu akan diperkukuhkan, lapor agensi berita KCNA pada Ahad (23 Okt).
"Kongres ke-20 CPC (Parti Komunis China) melambangkan satu mercu tanda yang penting buat parti China dan rakyat mereka dalam proses bersejarah memacu kemakmuran negara China di bawah idea sosialis dengan ciri-ciri China dalam era baru," tulis Encik Kim dalam surat berkenaan.
"Saya, bersama dengan anda, akan membentuk lebih banyak masa hadapan yang indah dalam hubungan DPRK-China dan menepati permintaan masa serta mengetuai usaha untuk merealisasikan masa hadapan cerah untuk terus memacu perjuangan sosialis di kedua-dua negara."
DPRK ialah Republik Rakyat Demokratik Korea, nama rasmi Korea Utara.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.