Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un arah latihan dipergiatkan hadapi "perang sebenar"

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengarahkan pasukan tentera negara itu untuk mempergiatkan latihan.

Ia sebagai persediaan bagi "peperangan sebenar", kata media pemerintah.

Arahan itu dibuat selepas Encik Kim mengawasi latihan serangan tembak yang dikatakan berjaya membuktikan keupayaan negara tersebut menentang 'peperangan sebenar'.

Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat di luar pantai barat negara itu pada Khamis (9 Mac), kata tentera Korea Selatan sambil menambah bahawa pihaknya sedang menganalisis kemungkinan melancarkan beberapa peluru berpandu secara serentak di kawasan yang sama.

Gambar dikeluarkan agensi berita Korea Utara, KCNA, menunjukkan sekurang-kurangnya enam peluru dilepaskan pada sama yang sama.

KCNA menyatakan sebuah unit yang dilatih untuk "misi serangan" melancarkan membedil "peluru ke perairan disasarkan" dan menunjukkan keupayaannya "untuk menentang peperangan sebenar."

"Encik (Kim) menegaskan bahawa
unit serangan itu harus bersedia mencapai dua misi strategik dengan sempurna. Yang pertama adalah mencegah peperangan, dan kedua adalah mengambil inisiatif dalam peperangan, dengan terus mempergiatkan pelbagai latihan simulasi bagi perang sebenar," lapor KCNA.

Encik Kim ditemani oleh anak perempuannya yang muncul kebelakangan ini dalam beberapa acara besar.

Sehubungan itu, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata Seoul akan mempertingkatkan latihan tentera bersama Amerika Syarikat (AS).

Ia juga akan meningkatkan perancangan bersama dan tindakan pencegahan lanjutan oleh AS terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Kedua-dua negara itu bersedia untuk memulakan latihan ketenteraan berskala besar, dikenali sebagai Freedom Shield, minggu depan.
 
Sumber : Reuters/AE/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan