Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin Korea Selatan, Jepun setuju perlu perbaiki hubungan

Anggaran Waktu Membaca:

PBB: Presiden Korea Selatan Yoon Suk-Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Rabu (21 Sep) mengadakan perbincangan secara bersemuka buat pertama kalinya antara pemimpin kedua-dua negara itu sejak tahun 2019. Kedua-dua pihak bersetuju tentang perlunya untuk memperbaiki hubungan dengan menghuraikan isu-isu pertikaian.

Perjumpaan tersebut diadakan di New York di luar Perhimpunan Agung Pertububan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Encik Yoon menggalas jawatan selaku presiden pada Mei dan sedari itu, berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Tokyo, yang dibelenggu pertikaian yang berpunca daripada penjajahan Jepun di Semenanjung Korea dari tahun 1910 hingga 1945 ketika kedua-dua negara tersebut berdepan ancaman daripada Korea Utara. Jepun juga menekankan kepentingan bekerjasama secara strategik.

"Kedua-dua pemimpin itu bersetuju tentang perlunya untuk memperbaiki hubungan dua hala dengan menyelesaikan isu-isu yang tertunggak selain mengarahkan diplomat negara masing-masing supaya mempercepatkan perbincangan antara mereka untuk tujuan tersebut sementara meneruskan juga perbincangan antara mereka." kata timbalan jurucakap Encik Yoon, Lee Jae-Myoung, seperti ditukil Yonhap.

Encik Lee berkata kedua-dua pemimpin berkongsi keprihatinan yang serius mengenai rancangan nuklear Korea Utara, termasuk undang-undang baru-baru ini yang membenarkan penggunaan pertama senjata nuklear serta kemungkinan penyambungan semula ujian nuklear buat pertama kalinya sejak 2017.

Menurut Yonhap, Encik Yoon dan Encik Yishida sudah bertemu buat beberapa kali di luar acara sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Madrid pada Jun. Ia termasuk mesyuarat tiga hala bersama Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, namun pertemuan pada Rabu (21 Sep) merupakan yang pertama kali mereka bersemuka secara berduaan.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan