Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin kewangan G20 bertemu di Bali di tengah-tengah peperangan Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin kewangan G20 bertemu di Bali di tengah-tengah peperangan Ukraine

Gambar: FIKRI YUSUF / POOL / AFP

Diterbitkan : 15 Jul 2022 07:50AM Dikemas Kini : 15 Jul 2022 12:38PM
NUSA DUA, Indonesia: Para pemimpin kewangan G20 bertemu hari (15 Jul) di pulau peranginan Bali.

Indonesia selaku tuan rumah cuba untuk mencari titik persamaan dalam kumpulan yang terjejas oleh perang Ukraine di tengah-tengah tekanan ekonomi yang semakin memburuk akibat kadar inflasi yang terus meningkat.

Pencerobohan Rusia terhadap Ukraine yang disifatkan oleh Kremlin sebagai "operasi ketenteraan khas", sudah membelenggu mesyuarat-mesyuarat sebelum ini oleh kumpulan 20 ekonomi utama, termasuk perhimpunan menteri luar yang diadakan minggu lalu.
Presiden Indonesia, Joko Widodo memberitahu wakil Bank Dunia dalam satu mesyuarat di Jakarta bahawa beliau berharap anggota G20 boleh "mengeluarkan kenyataan" selepas persidangan itu pada Sabtu (16 Jul), menurut menteri perancangannya.

Anggota G20 termasuk negara-negara Barat yang mengenakan sekatan terhadap Rusia dan menuduh negara itu menyebabkan jenayah perang di Ukraine - yang dinafikannya - serta negara seperti China, India dan Afrika Selatan tidak memberikan makum balas.

Pegawai Jerman dan Perancis sudah menyuarakan keraguan sama ada titik persamaan boleh dicapai berikutan ketegangan di Ukraine.

Setiausaha Bendahara Amerika Syarikat, Janet Yellen mengatakan pada Khamis (14 Jul) bahawa peperangan sudah menyebabkan kesan negatif global.

Pegawai Rusia tidak diundang untuk menghadiri mesyuarat G20 itu.

Menteri kewangan Ukraine dijangka akan berucap di salah satu sesi secara maya, menurut Indonesia.

Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov akan menyampaikan ucapan di mesyuarat itu secara maya. Timbalan beliau akan melakukan perjalanan ke Bali.

Indonesia menyatakan bahawa ia menginginkan mesyuarat itu menghasilkan tindakan untuk menangani krisis makanan yang semakin meruncing dan bakal menjejas kebanyakan negara miskin.

Cik Yallen berkata bahawa tujuan utamanya adalah untuk mendorong pemiutang G20, termasuk China, untuk memuktamadkan pelepasan hutang bagi negara yang mengalami masalah hutang.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan