Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin kanan Al-Qaeda maut dalam serangan dron di Syria: AS

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan satu operasi dron berjaya menyasarkan sebuah kenderaan di barat laut Syria lalu membunuh seorang pemimpin kanan al-Qaeda.

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyatakan satu operasi dron berjaya menyasarkan sebuah kenderaan di barat laut Syria lalu membunuh seorang pemimpin kanan al-Qaeda.

Kenderaan yang disasarkan ranap sama sekali.

Pentagon menyifatkan operasi itu sebagai satu serangan tindak balas anti pengganasan.

Ia dijalankan berdekatan kota Idlib yang masih dikuasai kumpulan pemberontak Syria.

Pentagon tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut termasuk siapa sasarannya.

Sebelum ini, tentera Amerika melancarkan serangan di Idlib untuk menumpaskan kumpulan militan al-Qaeda dan pemimpin ISIS Abu Bakr al-Baghdadi.

Para pegawai utama jabatan risikan Amerika meluahkan kebimbangan terhadap kemunculan semula kumpulan militan itu sejak Taliban menguasai Afghanistan.

Mereka mengeluarkan amaran bahawa al-Qaeda boleh meraih keupayaan untuk menyerang Amerika dalam masa setahun dua ini.

Sumber : Agensi berita/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan