Pemimpin kanan Al-Qaeda maut dalam serangan dron AS
Pasukan tentera Amerika Syarikat membunuh pemimpin kanan Al-Qaeda Abdul Hamid al-Matar dalam satu serangan dron di Syria pada Jumaat (22 Okt), menurut jurucakap Markas Pusat Amerika Syarikat.
(Gambar: AFP)
REUTERS: Pasukan tentera Amerika Syarikat membunuh pemimpin kanan Al-Qaeda Abdul Hamid al-Matar dalam satu serangan dron di Syria pada Jumaat (22 Okt), menurut jurucakap Markas Pusat Amerika Syarikat.
"Penyingkiran pemimpin kanan Al-Qaeda ini akan menjejas keupayaan pertubuhan pengganas ini untuk merancang dan melancarkan serangan global yang mengancam para penduduk Amerika, sekutu-sekutu kami dan orang awam," kata Mejar John Rigsbee dalam satu kenyataan bertulis.
Serangan itu dilancarkan dua hari selepas kubu pasukan tentera Amerika di selatan Syria diserang. Rigsbee bagaimanapun enggan mengulas sama ada serangan dron itu dilancarkan bagi membalas dendam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.