Pemimpin Hong Kong Carrie Lam retak tulang siku & dirawat di hospital
Mesyuarat mingguan majlis eksekutif dan sidang media beliau sudah dibatalkan dan timbalannya, John Lee, yang dinaikkan pangkat awal tahun ini, akan mengambil alih tuga

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. (Gambar: AFP/Anthony Wallace)
HONG KONG: Pemimpin Hong Kong Carrie Lam mengalami keretakan pada bahagian siku kanannya setelah terjatuh di kediaman rasmi ketua eksekutif itu pada waktu malam dan kini di hospital untuk dipantau keadaannya, menurut pemerintah bandar itu hari ini (19 Okt).
"Beliau datang sendiri ke hospital dan didiagnosis dengan cedera ringan, siku kanannya retak," menurut kenyataan itu lagi.
Mesyuarat mingguan majlis eksekutif dan sidang media beliau sudah dibatalkan dan timbalannya, John Lee, yang dinaikkan pangkat awal tahun ini, akan mengambil alih tugas.
Penggal Cik Lam akan berakhir pada tahun depan.
Sepanjang penggal Cik Lam, Hong Kong dibelenggu tunjuk perasaan besar-besaran, yang berakhir tahun lalu dengan undang-undang keselamatan nasional dikuatkuasakan oleh Beijing.
Cik Lam masih berteka-teki sama ada beliau akan berkhidmat selama sepenggal lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.