Pemimpin Hezbollah ikrar balas serangan Israel terhadap komander kanan
Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Pemimpin Hezbollah, Naim Qassem menegaskan kumpulannya berhak bertindak balas terhadap pembunuhan komander tertingginya, Haytham Ali Tabtabai dalam serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut pada minggu lalu.
Dalam ucapan yang disiarkan televisyen pada Jumaat (28 Nov), Qassem menyifatkan pembunuhan itu sebagai “pencerobohan terang-terangan dan jenayah kejam”, sambil menambah: “Kami berhak untuk bertindak balas, dan kami akan tentukan masa yang sesuai untuk itu.”
Ditanya sama ada perang bakal tercetus, Qassem berkata: “Kemungkinan itu ada… dan kemungkinan tiada perang juga ada.”
Seruan persediaan dan gesaan damai
Qassem tidak menjelaskan peranan Hezbollah jika konflik baharu berlaku, namun menggesa Lubnan menyediakan pelan pertahanan melibatkan “tentera dan rakyatnya.”
Beliau turut berharap lawatan Pope Leo ke Lubnan akan membantu membawa keamanan dan menghentikan pencerobohan Israel, seperti dinukil Astro Awani.
Qassem menegaskan, Hezbollah mematuhi gencatan senjata pada November 2024 yang bertujuan menamatkan pertempuran lebih setahun dengan Israel, dan menuntut serangan Israel dihentikan.
Tabtabai dilaporkan terbunuh ketika bermesyuarat bersama empat pembantu untuk “merancang tindakan masa depan.”
Dalam perkembangan sama, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee mendakwa usaha tentera Lubnan merampas senjata Hezbollah “tidak mencukupi”, sambil menuduh kumpulan itu terus menyembunyikan simpanan senjata mereka, menurut laporan Astro Awani.
Hezbollah pula menegaskan tidak akan melucutkan senjata selagi Israel melancarkan serangan ke wilayah Lubnan dan menempatkan pasukan di lima lokasi di selatan negara itu.
Israel dilaporkan melakukan serangan hampir setiap hari di selatan Lubnan dan beberapa kali di Beirut.
Sebelum pembunuhan Tabtabai, ibu kota itu tidak diserang selama beberapa bulan.
Dalam serangan berasingan minggu lalu, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Palestin di selatan Lubnan, menurut Kementerian Kesihatan Awam Lubnan seperti dilapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.