Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin dunia kutuk serangan pengganas di Turki

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin dunia kutuk serangan pengganas di Turki

Pakistan dan beberapa negara lain dengan tegas mengutuk serangan pengganas yang berlaku pada 23 Okt di ibu negara Turki. (Gambar: Adem ALTAN / AFP)

NEW DELHI: Pakistan dan beberapa negara lain dengan tegas mengutuk serangan pengganas yang berlaku pada Rabu di ibu negara Turki, Ankara serta menyuarakan perpaduan bersama Turki.  

Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 22 lagi cedera apabila seorang lelaki dan seorang wanita pengganas menyasarkan kemudahan utama Turkish Aerospace Industries (TAI).  

"Amat terkejut dan sedih dengan serangan pengganas di Ankara. Takziah saya ucapkan buat saudara saya Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakyat Turki.

"Pakistan berdiri teguh bersama saudara-saudara kami di Turki. Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji ini dan berdoa untuk keluarga mangsa serta pemulihan segera bagi yang cedera," kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif dalam catatan di X.  

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar menyifatkan serangan itu sebagai "pengecut" dan menyuarakan perpaduan bersama pemerintah dan rakyat Turki.  

Sambil mengutuk serangan tersebut, Azerbaijan menegaskan akan sentiasa bersama Turki.

Somalia memuji tindakan pantas pasukan keselamatan Turki dalam menumpaskan para penyerang.  

"Tindakan pengecut ini bukan sahaja serangan terhadap Turki, tetapi ancaman kepada keamanan dan keselamatan global. Somalia, yang pernah berhadapan dengan cabaran serupa, bersimpati dengan Turki," menurut kenyataan Kementerian Luar Somalia.  

Qatar turut menzahirkan sokongan terhadap Turki dalam semua langkah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan.  

Kenyataan Kementerian Luar Qatar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta pemerintah dan rakyat Turki.  
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan