Pemimpin dunia, ketua NGO utus ucapan tahniah kepada Presiden Xi sempena Tahun Baharu Cina
Pemimpin dunia dan ketua pertubuhan antarabangsa mengutuskan ucapan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping serta seluruh rakyat negara itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi Tahun Kuda, lapor Xinhua.
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Pemimpin dunia dan ketua pertubuhan antarabangsa mengutuskan ucapan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping serta seluruh rakyat negara itu sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi Tahun Kuda, lapor Xinhua.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa sepanjang tahun lalu, perkongsian strategik menyeluruh Rusia-China bagi penyelarasan era baharu mengekalkan momentum yang baik, dan pada 2026, kedua-dua negara akan bersama-sama melancarkan "Tahun Pendidikan Rusia-China."
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyuarakan kesediaan untuk terus memperluas kerjasama dengan China dan bekerjasama membina masyarakat Brazil-China dengan masa depan dikongsi bersama demi dunia yang lebih adil dan planet yang lebih mampan.
Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berkata, Afrika Selatan bersedia bekerjasama dengan China untuk memperkukuh lagi kerjasama serta menyumbang secara positif kepada keamanan dan pembangunan dunia.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Lao merangkap Presiden Laos, Thongloun Sisoulith pula menzahirkan keyakinan bahawa rakyat China akan berjaya memulakan perjalanan baharu Rancangan Lima Tahun ke-15.
Presiden Serbia, Aleksandar Vucic berkata di bawah kepimpinan Presiden Xi, China akan terus mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang.
Dalam satu mesej video, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berterima kasih kepada China dan rakyatnya atas sokongan terhadap hubungan pelbagai hala serta perpaduan global, dan berharap dapat membina masa depan yang lebih selamat dan inklusif bersama-sama.
Lebih 50 pemimpin negara lain dan ketua pertubuhan turut menghantar mesej ucapan tahniah kepada Encik Xi sempena Tahun Baharu Cina.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.