Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin dunia ikrar sumbang AS$14 bilion untuk tangani AIDS, batuk kering & malaria

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin dunia ikrar sumbang AS$14 bilion untuk tangani AIDS, batuk kering & malaria

(Gambar fail AP: Jerome Delay/AP)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 06:38PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 06:38PM

NEW YORK: Dana Global bagi menangani AIDS, batuk kering dan malaria menerima ikrar sumbangan AS$14.25 bilion (S$20.22 bilion) setakat Rabu (21 Sep).

Para pemimpin dunia memperbaharui usaha membendung penyakit-penyakit itu setelah kemajuan terganggu dek pandemik COVID-19.

"Ini adalah pelaburan yang akan menyelamatkan lagi 20 juta nyawa, mengurangkan kadar kematian akibat penyakit-penyakit lagi 64 peratus dalam empat tahun akan datang," kata Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

Berucap semasa sidang di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengikrarkan AS$6 bilion (S$8.51 bilion).

Antara negara-negara lain yang turut menyumbang kepada dana itu ialah Perancis, Jerman, Jepun dan Kanada, yang masing-masing menyumbang AS$1 bilion (S$1.42 bilion).

Dana hasil sumbangan sektor awam dan privet itu menetapkan sasaran AS$18 bilion (S$25.54) bagi pendanaan tiga tahun akan datang.

AS$14.25 bilion diikrarkan setakat hari ini untuk Dana Global bagi menangani AIDS, batuk kering dan malaria.

Para pemimpin dunia memperbaharui usaha membendung penyakit-penyakit itu setelah kemajuan terganggu dek pandemik COVID-19.

Ini adalah pelaburan yang akan menyelamatkan lagi 20 juta nyawa, mengurangkan kadar kematian akibat penyakit-penyakit lagi 64% dalam empat tahun akan datang.

Berucap semasa sidang di luar Perhimpunan Agung PBB, Presiden Amerika Joe Biden mengikrarkan AS$6 bilion.

Antara negara-negara lain yang menyumbang kepada dana itu ialah Perancis, Jerman, Jepun dan Kanada, yang masing-masing menyumbang AS$1 bilion.

Dana hasil sumbangan sektor awam dan privet itu menetapkan sasaran AS$18 bilion bagi pendanaan tiga tahun mendatang.

Sumber : AFP/ZK/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa