Pemimpin dunia himpun bagi sidang puncak perdamaian cegah konflik Israel-Hamas ke peringkat serantau
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: EGYPTIAN PRESIDENCY / AFP)
KAHERAH: Sedang Israel bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza, para pemimpin dan diplomat kanan dunia berhimpun di Kaherah, Mesir, untuk menangani konflik antara Israel dengan Hamas dan mencegah krisis tersebut daripada menjadi satu konflik serantau.
Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi mendesak para pemimpin supaya memberikan persetujuan terhadap satu peta hala tuju, untuk menamatkan bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza dan membuka laluan untuk mengembalikan semula keadaan aman.
Israel, Iran dan Amerika Syarikat bagaimanapun enggan menghadiri sidang puncak itu, sekali gus menimbulkan keraguan tentang keupayaan sidang puncak tersebut untuk menghasilkan sebarang kemajuan besar diplomatik.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres antara pemimpin yang mendesak agar satu huraian dapat diusahakan.
"Masanya sudah tiba untuk bertindak," kata Encik Guterres.
"Tindakan untuk menamatkan mimpi ngeri ini dan tindakan untuk membina masa depan yang sesuai dengan impian anak-anak Palestin, Israel, rantau ini dan dunia kita," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.