Skip to main content

Dunia

Pemimpin dunia gesa perjanjian global lindungi negara-negara daripada pandemik

Dunia memerlukan satu penyelesaian global, seperti ketika Perang Dunia II, untuk melindungi negara-negara akibat COVID-19, kata para pemimpin dunia pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin dunia gesa perjanjian global lindungi negara-negara daripada pandemik

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 Mar 2021 08:26AM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 08:31AM

LONDON: Dunia memerlukan satu penyelesaian global, seperti ketika Perang Dunia II, untuk melindungi negara-negara akibat COVID-19, kata para pemimpin dunia pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).

Seruan pemimpin dunia itu terkandung dalam surat yang dikeluarkan selepas mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan G7 pada Isnin (29 Mac), yang menyatakan pandemik sebagai "peringatan keras dan menyakitkan, tiada yang akan selamat sehinggalah semua orang selamat."

Surat itu ditandatangani Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Canselor Jerman, Angela Merkel, dan 21 pemimpin dunia yang lain dunia, sebuah artikel diterbitkan kebanyakan akhbar di seluruh dunia, termasuk The Telegraph, meminta faham pemencilan dan nasionalisme dihentikan, sebagai menyokong era perpaduan baharu.

Seruan itu dibuat 24 pemimpin dunia, bersama ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Ghebreyesus.

"Pandemik COVID-19 adalah cabaran terbesar bagi masyarakat global sejak 1940-an," katanya.

Antara lain kandungan surat itu menyatakan: "Hari ini kita meletakkan harapan yang sama bahawa, ketika kita berjuang bersama-sama untuk mengatasi pandemik COVID-19, kita dapat membangun sistem kesihatan antarabangsa lebih kukuh yang akan melindungi generasi akan datang."

“Perjanjian mengenai pandemik harus membawa kepada pertanggungjawaban bersama dan perkongsian tanggungjawab, ketelusan dan kerja sama dalam sistem antarabangsa serta peraturan dan norma."

Matlamat utama perjanjian ini adalah untuk memupuk pendekatan kerajaan dan seluruh masyarakat, memperkukuh kemampuan negara, serantau dan global serta ketahanan terhadap pandemik di masa depan.

Ini termasuk meningkatkan kerjasama antarabangsa bagi melonjakkan sistem amaran, perkongsian data, penyelidikan dan pengeluaran tempatan, serantau dan global selain pengedaran perubatan dan kesihatan awam seperti vaksin, ubat-ubatan, diagnostik dan peralatan pelindungan diri.

Para pemimpin juga sepakat menyatakan “semua negara harus merebut kesempatan bersatu sebagai komuniti global untuk berkerjasama dengan aman melangkaui krisis ini."

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita