Pemimpin dunia gesa Iran, Israel kawal diri dan hentikan serangan
Para pemimpin dunia menggesa Iran dan Israel supaya sama-sama mengawal diri selepas Tehran melancarkan serangan roket ke arah musuh ketatnya.
Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Para pemimpin dunia menggesa Iran dan Israel supaya sama-sama mengawal diri selepas Tehran melancarkan serangan roket ke arah musuh ketatnya.
Tehran menyatakan serangan yang dilancarkan pada Selasa (1 Okt) - yang berlaku ketika Israel sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat terhadap Hezbollah di Lubnan - sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin kumpulan-kumpulan yang disokong oleh Iran.
Ia adalah kali kedua Iran menyerang Israel secara langsung menyusuli serangan peluru berpandu dan dron pada April lalu sebagai tindak balas terhadap serangan udara maut Israel ke atas Konsulat Iran di Damsyik.
"PERLUKAN GENCATAN SENJATA"
Selepas serangan peluru berpandu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengutuk "konflik yang semakin meluas di Timur Tengah".
Dengan konflik Israel dengan Hezbollah yang semakin meluas, di samping perang berterusannya dengan Hamas di Gaza, Encik Guterres menyelar "peningkatan demi peningkatan" ketegangan di rantau itu.
"Ini mesti dihentikan. Kami benar-benar memerlukan gencatan senjata."
Semasa serangan itu dilancarkan, Presiden Joe Biden mengarahkan tentera Amerika untuk "membantu sistem pertahanan Israel terhadap serangan Iran dan menembak jatuh peluru berpandu yang menyasarkan Israel".
Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken berkata serangan itu "sama sekali tidak boleh diterima".
"Laporan awal mencadangkan bahawa Israel, dengan sokongan aktif Amerika dan rakan-rakan kongsi lain, berjaya mematahkan serangan ini," kata Encik Blinken.
ISRAEL IKRAR SERANGAN BALAS
Israel berikrar akan membalas serangan Iran.
"Serangan ini akan membawa padah. Kami mempunyai rancangan, dan kami akan beroperasi pada tempat dan masa yang kami tentukan," kata jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari.
Sementara itu, kumpulan Hamas, yang serangannya pada 7 Okt lalu mencetuskan perang di Gaza, memuji serangan Iran ke atas Israel.
Menurut Hamas, serangan itu adalah serangan balas terhadap pembunuhan termasuk ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah di Beirut dan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.
Hamas "menyokong pelancaran roket yang dilakukan oleh Pengawal Revolusi Islam di Iran terhadap kawasan yang luas di tanah yang diduduki kita", kata kumpulan itu.
Ia menambah bahawa serangan itu "sebagai membalas dendam atas serangan Israel".
"KAWAL DIRI"
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengutuk serangan Iran dan menyeru agar dihentikan "keganasan" yang memuncak di Timur Tengah.
Menteri Luar Jose Manuel Albares berkata bahawa Madrid mengeluarkan "seruan baharu kepada semua pihak termasuk Israel untuk sama-sama mengawal diri dan bukan memburukkan lagi keadaan".
Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock menggesa Iran supaya menghentikan serangan peluru berpandu ke atas Israel: "Saya mengutuk serangan yang berterusan itu dengan sekeras-kerasnya."
"Iran mesti menghentikan serangannya dengan segera" kerana ia akan "menjerumuskan rantau itu ke arah kemusnahan", tambahnya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.