Pemimpin dunia alu-alukan Robert Prevost, Pope pertama dari Amerika
Anggaran Waktu Membaca:

Pope Leo XIV yang baru dipilih berdiri di balkoni Basilika St Peter di Vatican sejurus selepas pemilihannya sebagai Pope ke-267 Gereja Roman Katolik pada 8 Mei 2025. (Gambar: AP/Domenico Stenellis)
ROME: Para pemimpin dunia pada Khamis (8 Mei) mengalu-alukan pemilihan Robert Francis Prevost sebagai Pope Leo XIV, yang menjadi pemimpin Katolik pertama dari Amerika Syarikat yang akan memimpin seramai 1.4 bilion penganut Katolik di seluruh dunia.
Prevost, 69 tahun, memegang kerakyatan Peru dan Amerika yang sudah berkhidmat selama beberapa dekad di utara Peru dan kemudian sebagai biskop Chiclayo dari 2015 hingga 2023.
Beliau menggantikan mendiang Pope Francis, yang telah memimpin Gereja Katolik sejak 2013.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Pope baharu itu dan berkata pemilihannya adalah "satu penghormatan besar" untuk negara itu.
"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan Pope Leo XIV. Ia akan menjadi detik yang sangat bermakna," tambahnya.
Mantan Presiden Amerika, Barack Obama turut mengucapkan tahniah kepada "warga Amerika dari Chicago" itu dan berkata: "Ini adalah hari bersejarah bagi Amerika Syarikat, dan kami akan mendoakannya sedang beliau memulakan tugas memimpin Gereja Katolik dan menjadi peran contoh kepada ramai orang, tanpa mengira agama."
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata beliau mengharapkan "sokongan moral dan rohani berterusan Vatican", manakala Presiden Rusia Vladimir Putin berkata beliau yakin "dialog dan kerjasama yang membina" antara Rusia dan Vatican akan diteruskan.
"Dalam masa yang dibelenggu dengan konflik dan pergolakan, kata-katanya dari Loggia of Benedictions adalah seruan yang kuat untuk mencapai keamanan, persaudaraan dan tanggungjawab," kata Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Canselor Jerman Friedrich Merz menambah bahawa Pope Leo akan memberikan "harapan dan bimbingan kepada berjuta-juta penganut Katolik di seluruh dunia dalam masa yang mencabar ini".
"Pemilihan Pope Leo XIV adalah detik yang menggembirakan bagi para penganut Katolik di Britain dan seluruh dunia, dan memulakan lembaran baharu bagi kepimpinan Gereja Katolik dan seluruh dunia," kata Perdana Menteri Britain Keir Starmer.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menambah: "Semoga Pope Leo akan menyumbang kepada pengukuhan dialog dan pembelaan hak asasi manusia dalam dunia yang memerlukan harapan dan perpaduan."

Sumber : AGENCIES/bt/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.