Pemimpin dari 130 negara hadiri Forum Jalur Ekonomi Laluan Sutera di China
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China sedang menghoskan Forum Jalur Ekonomi Laluan Sutera pada Selasa (17 Okt) bagi memaparkan pengaruhnya yang semakin berkembang.
Acara di ibu kota Beijing itu dihadiri oleh para pemimpin dari lebih 130 negara termasuk Singapura.
Forum BRI yang ketiga itu turut meraikan ulang tahun ke-10 inisiatif prasarana China tersebut.
China berharap agar forum tersebut dapat meningkatkan kedudukannya di persada antarabangsa.
Walaupun kerjasama lanjut berhubung inisiatif itu akan dibincangkan sepanjang beberapa hari akan datang, ada kemungkinan perang yang berlaku di Timur Tengah sekarang akan menjadi agenda utama perbincangan.
Sementara itu, Menteri Luar China Wang Yi sudah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Rusia Sergey Lavrov awal sebelum forum itu bermula.
Dalam pada itu Presiden Rusia Vladimir Putin sudahpun tiba di Beijing pada Selasa (17 Okt) bagi menghadiri forum itu.
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping pada Rabu.
Semasa forum pada Rabu, Presiden Putin dijadual berucap selepas ucapan Presiden Xi.
Ini merupakan kunjungan pertama Presiden Putin ke sebuah negara kuasa dunia semenjak Rusia dipencilkan masyarakat antarabangsa kerana menceroboh Ukraine.
Pada Mac tahun ini, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkapan terhadap Presiden Putin berhubung perang di Ukraine.

Sumber : AGENCIES/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.