Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin DAP bidas gesaan PAS batal konsert Coldplay di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin DAP bidas gesaan PAS batal konsert Coldplay di M'sia

Penyanyi utama Coldplay, Chris Martin (kiri) membuat persembahan di Stadium Wembley di utara London pada 12 Ogos 2022. (Gambar: PA/Suzan Moore menerusi AP)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP Selangor mempersoalkan rasional pemimpin PAS menasihati kerajaan membatalkan konsert Coldplay yang dijadual berlangsung November ini atas alasan menggalak budaya hedonisme dan songsang.

“Berdasarkan logik PAS, internet, televisyen, radio dan media sosial lain yang mereka guna untuk menyebarkan propaganda mereka perlu diharamkan juga kerana mempromosi nilai-nilai tertentu yang mereka tidak setujui,” kata Encik Shakir Ameer dalam kenyataannya, dipetik agensi berita Free Malaysia Today.

Pada Rabu (10 Mei), Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Nasrudin Hassan mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia mahu menyuburkan “budaya hedonisme dan songsang” dalam negara dengan membenarkan Coldplay mengadakan konsert.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Nasrudin turut memuat naik gambar vokalis Coldplay, Chris Martin memegang bendera LGBT dalam konsert di London.

Encik Nasrudin berkata, konsert itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada “agama, bangsa dan negara”.

Encik Shakir, yang juga pengerusi DAP Shah Alam, mempertahankan siri jelajah kumpulan rock Britain itu dengan berkata, mereka mahu mempromosikan kelestarian dan kitar semula, selain mendesak pengurangan pelepasan karbon dioksida.

Beliau berkata, nilai baik itu “diiktiraf” Islam.

“PAS tidak mementingkan nilai-nilai positif. Mereka membantah apa saja demi protes atas alasan politik.”

Menurut laporan agensi berita Free Malaysia Today, Encik Shakir berkata, “protes tidak logik” PAS menunjukkan parti Islam itu tiada apa yang membina untuk ditawarkan dan hanya mencari publisiti politik murahan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan