Skip to main content

Dunia

Pemimpin COP26 sepakat kurangkan pelepasan metana dan selamatkan hutan

Puluhan negara menyertai ikrar Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengurangkan pelepasan gas metana -- gas rumah hijau paling kuat -- sebanyak 30 peratus dekad ini, dalam satu komitmen iklim paling teguh setakat ini di COP26.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin COP26 sepakat kurangkan pelepasan metana dan selamatkan hutan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Nov 2021 11:37PM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 11:40PM

GLASGOW: Puluhan negara menyertai ikrar Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengurangkan pelepasan gas metana -- gas rumah hijau paling kuat -- sebanyak 30 peratus dekad ini, dalam satu komitmen iklim paling teguh setakat ini di COP26.

Inisiatif itu, yang menurut pakar boleh memberi kesan jangka pendek yang besar terhadap pemanasan global, dibuat menyusuli pengumuman pada awal Selasa di mana lebih 100 negara bersetuju untuk menamatkan penebangan hutan menjelang 2030.

"Salah satu perkara paling penting yang boleh kita lakukan antara sekarang dan 2030 untuk memastikan pengurangan 1.5 darjah Selsius berada dalam jangkauan, ialah mengurangkan pelepasan gas metana secepat mungkin," kata Presiden AS Joe Biden, merujuk kepada matlamat utama perjanjian Paris 2015.

Beliau menyebut ikrar itu, yang setakat ini telah ditandatangani lebih 80 negara, sebagai "komitmen luar biasa" meliputi negara yang bertanggungjawab bagi kira-kira separuh daripada pelepasan metana sedunia.

Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula Von der Leyen berkata dengan mengurangkan pelepasan metana metana akan "segera melambatkan perubahan iklim".

"Kita tidak boleh menunggu sehingga 2050. Kita perlu mengurangkan pelepasan dengan cepat dan metana adalah salah satu gas yang boleh kita potong dengan cepat," katanya.

Ketua-ketua negara dan pemerintah berkumpul di Glasgow untuk sidang puncak peringkat tinggi dua hari yang diharap oleh tuan rumah Britain akan memulakan tindakan iklim yang berwawasan tinggi semasa COP26 selama dua minggu.

Pihak penganjur berkata rundingan teliti menjadi penting lagi bagi memajukan ketetapan dicapai di Perjanjian Paris 2015 dan sekali gus memenuhi matlamat untuk mengehadkan kenaikan suhu kepada antara 1.5 dan 2 darjah Selsius.

Para pemimpin di sidang puncak iklim itu juga mengikrarkan komitmen bernilai berbilion dolar untuk menamatkan penebangan hutan menjelang 2030 — tarikh yang dianggap terlalu lewat bagi aktivis yang mahukan tindakan lebih pantas untuk menyelamatkan bumi.
Pengerusi sidang puncak itu, Perdana Menteri Britain Boris Johnson, berkata perjanjian mengenai penebangan hutan adalah penting kepada matlamat menyeluruh untuk mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5 darjah Selsius.

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita