Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin China cetus kemarahan susuli kematian kanak-kanak kedua semasa dikuarantin

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin China cetus kemarahan susuli kematian kanak-kanak kedua semasa dikuarantin

(Gambar fail: AP/Mark Schiefelbein)

BEIJING: Pihak berkuasa China berdepan dengan kemarahan orang ramai yang meluap-luap pada Khamis (17 Nov).

Ini selepas seorang lagi kanak-kanak, iaitu kematian kedua dilaporkan yang dikaitkan dengan sekatan pergerakan COVID-19.


Menurut laporan media dan catatan di media sosial, bayi perempuan berusia 4 bulan itu meninggal dunia selepas mengalami muntah dan cirit-birit ketika dikuarantin di sebuah hotel di pusat bandar Zhengzhou.

Bapanya dikatakan mengambil masa 11 jam untuk mendapatkan bantuan selepas perkhidmatan kecemasan enggan berurusan dengan mereka.

Bayi itu akhirnya dihantar ke hospital sejauh 100km.

Kematian itu berlaku selepas Parti Komunis yang memerintah berjanji bulan ini bahawa mereka yang dikuarantin, tidak akan disekat daripada mendapatkan bantuan kecemasan.

Ia berikutan bantahan terhadap kematian seorang budak lelaki tiga tahun akibat gas karbon monoksida.


Para pengguna Internet meluahkan rasa marah mereka terhadap strategi sifar COVID dan menuntut agar pegawai di Zhengzhou dihukum kerana gagal menghulurkan bantuan kepada masyarakat awam.

Sumber : AP/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan