Pemimpin Barat dituduh hipokrit dalam respons isu Palestin, Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Amerika Joe Biden berjabat tangan dengan PM Israel Benjamin Netanyahu di luar Perhimpunan Agung ke-78 PBB, 20 September 2023. (Gambar: AFP)
UKRAINE: Menyusuli serangan mengejut oleh Hamas ke atas Israel pada Sabtu (7 Okt), Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menyampaikan ucapan "takziah kepada semua yang kehilangan saudara mara atau insan tersayang dalam serangan pengganas" menerusi platform media sosial X.
Beliau juga menyatakan "hak Israel untuk mempertahankan dirinya tidak boleh dipersoalkan lagi."
Ramai pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak, berkongsi sentimen yang sama, lapor Al Jazeera.

Presiden Suruhanjaya Eropah Urusula von der Leyen pula berkata, "Israel berhak mempertahankan dirinya hari ini - esok dan pada hari-hari mendatang. Kesatuan Eropah menyokong Israel."
BARAT DITUDUH BERSIKAP 'DWISTANDARD'
Sebahagian pengguna media sosial mengutuk kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin Barat tersebut, sambil mengatakan ia jelas menunjukkan sikap 'dwistandard'.
Hak Ukraine untuk mempertahankan negaranya dipuji oleh kebanyakan pemimpin antarabangsa manakala pencerobohan Rusia dikritik.
Sedangkan reaksinya jauh berbeza terhadap isu pendudukan Israel di Tebing Barat dan Gaza.
Aaron Bastani, seorang wartawan sayap kiri Britain, menerusi platform X menyatakan terdapat" sikap dwistandard yang jelas dalam menentang pengganasan terhadap sasaran awam di Ukraine...dan mengutuknya apabila ia berkaitan dengan Palestin".

Kebanyakan pengguna media sosial berkata para diplomat dan media Barat menyokong warga Ukraine yang mempertahankan tanah air mereka. Namun melabel warga Palestin yang melawan Israel sebagai "pengganas", lapor Al Jazeera.
Satu lukisan yang menunjukkan seorang wanita, yang mana sebelah matanya tertutup dan tertera bendera Palestin manakala sebelah lagi matanya terbuka dan tertera bendera Ukraine, dikongsi secara meluas di media sosial sebagai simbol prinsip dwistandard Barat terhadap kedua-dua konflik tersebut.
Video-video juga timbul di media sosial menunjukkan wawancara CNN bersama Mustafa Barghouti, seorang setiausaha agung Inisiatif Nasional Palestin, di mana beliau bertanya soalan retorik yang berbunyi: "Mengapa Amerika Syarikat menyokong Ukraine memerangi pendudukan - manakala mereka menyokong penakluk yang menakluki tempat kami?"
Sikap hipokrit dan dwistandard pemerintah-pemerintah dan media barat dalam menangani keadaan Ukraine-Rusia dan Palestin-Israel tidak masuk akal. Amat memalukan, kata pengguna media sosial, Said Yacoubi, yang dipetik Aljazeera.
BUKAN KALI PERTAMA
Hakikatnya, ini bukan kali pertama negara-negara Barat dituduh bersikap sedemikian dalam pendirian mereka terhadap perang Ukraine.
Awal tahun ini, Amnesty International menerbitkan satu laporan yang menarik perhatian kepada sikap 'dwistandard' Barat terhadap hak asasi kemanusiaan sejagat.
Setiausaha Agung Amnesty, Agnes Callamard, memberitahu Al Jazeera bahawa pendudukan di wilayah Palestin adalah "salah satu contoh penting".
"Tanpa membuat sebarang perbandingan antara pencerobohan Rusia dengan Israel...jelas bahawa warga Palestin ditindas - ia satu rejim pendudukan dan regim aparteid," Cik Callamard memberitahu Al Jazeera.
Dalam tempoh tiga hari lalu, para pengguna X berkongsi semula kenyataan-kenyataan awal yang mengutuk apa yang disifatkan sebagai sikap hipokrit Barat, dengan mengongsi video oleh seorang penggubal undang-undang Ireland Richard Boyd Barrett pada March 2022, yang mana beliau menyelar pemerintah Ireland atas sikap dwistandard berkait Ukraine dan Palestin:
"Anda gembira menggunakan kata-kata yang tegas dan berdegar-degar untuk menyifatkan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh (Presiden Rusia) Vladimir Putin, tetapi anda tidak menggunakan kata-kata yang sama apabila menyifatkan layanan Israel terhadap warga Palestin."
Encik Barrett pada Ahad sekali lagi bersuara terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai sikap"dwistandard mengejutkan daripada para pemimpin Barat yang menyokong tentangan Ukraine tetapi mengutuk warga Palestin."
Sementara itu, ada pihak yang memberi amaran terhadap perbuatan membuat perbandingan konflik.
Ada juga yang memberi amaran bahawa Hamas dan Palestin tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang sama.
Pemain bola sepak Ukraine Oleksandr Zinchenko, yang bermain bagi pasukan Arsenal, memuat naik catatan di Instagram dengan menyatakan bahawa beliau "menyokong Israel".
Zinchenko diketahui sebagai penyokong kuat negaranya Ukraine yang masih mempertahankan diri terhadap Rusia, dan beliau mengambil bahagian dalam acara kebajikan Game4Ukraine di London awal bulan ini untuk mengumpul dana untuk Ukraine.
Setelah menerima kecaman online, dengan sebahagian orang mempersoalkan apa yang dikatakan sikap dwistandard mengenai sokongan beliau kepada Israel, pemain bola sepak itu memadamkan catatan tersebut dan menukar status akaun media sosialnya kepada privet, lapor Al Jazeera.
Beberapa orang juga mendakwa bahawa langkah kelab bola sepak Zinchenko untuk tidak memberikan sebarang respons terhadap komen-komen beliau juga hipokrit setelah kelab itu menjauhkan diri daripada komen-komen yang dibuat bekas pemain Mesut Ozil pada 2019 mengenai penderaan hak asasi kemanusiaan terhadap Muslim Uighur di China.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.