Pemimpin baharu Syria tidak minat cetus konflik baharu meski Israel lancar serangan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Aref TAMMAWI)
DAMSYIK: Pemimpin baharu Syria, Ahmad al-Sharaa berkata pada Sabtu (14 Dis), bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk melancarkan serangannya ke atas Syria.
Namun, beliau tidak berminat untuk terlibat dalam konflik baharu, kerana ia ingin memberi tumpuan kepada pembinaan semula negara susulan berakhirnya pemerintahan Bashar al-Assad .
Sharaa, lebih dikenali sebagai Abu Mohammed al-Jolani, memimpin kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang menggulingkan Assad minggu lalu.
Sejak itu, Israel merampas kawasan bebas tentera di Syria, termasuk bahagian strategik Gunung Hermon yang menghadap ke Damsyik, di mana ia mengambil alih pengkalan tentera Syria yang ditinggalkan.
Israel, yang menyatakan ia tidak berhasrat untuk kekal di sana dan menyifatkan pencerobohannya ke wilayah Syria sebagai langkah terhad dan sementara, untuk memastikan keselamatan sempadan.
Negara itu juga melancarkan ratusan serangan ke lokasi bekalan senjata Syria.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.