Skip to main content

Dunia

Pemimpin Asia suarakan kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat

Pemimpin politik dan mantan ketua negara dari seluruh Asia menyuarakan kebimbangan terhadap dasar tarif Amerika Syarikat, sambil menyeru kepada perpaduan lebih kukuh dalam kalangan negara Asia bagi menangani cabaran bersama, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin Asia suarakan kebimbangan terhadap tarif Amerika Syarikat

Encik Gan Kim Yong semasa berucap di forum Masa Hadapan Asia. (Gambar: AFP)

TOKYO: Pemimpin politik dan mantan ketua negara dari seluruh Asia menyuarakan kebimbangan terhadap dasar tarif Amerika Syarikat, sambil menyeru kepada perpaduan lebih kukuh dalam kalangan negara Asia bagi menangani cabaran bersama, lapor Xinhua.

Berucap pada Forum Antarabangsa Masa Hadapan Asia edisi ke-30 yang berlangsung di Tokyo dari 29 hingga 30 Mei, Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong memberi amaran bahawa sistem perdagangan global kini terancam.

Beliau menggesa negara Asia supaya bersatu dalam menangani isu perdagangan yang berpunca daripada tarif Amerika Syarikat.

Selain itu, Encik Gan turut menekankan kepentingan memperluas kerjasama melalui ASEAN dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), khususnya dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pula berkata perang dagang menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala yang bebas, terbuka, terangkum dan berteraskan peraturan, serta memberi kesan tidak seimbang kepada golongan paling terdedah. Beliau menyeru perpaduan dalam kalangan negara-negara yang berdepan tekanan berkaitan tarif.

Manakala, Presiden Laos Thongloun Sisoulith menekankan kepentingan kewujudan bersama secara aman dan saling menghormati, sambil menyatakan bahawa walaupun perdagangan Laos dengan Amerika Syarikat adalah terhad, tarif tinggi tetap berpotensi menjejaskan ekonominya dan iklim pelaburan.

Timbalan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Chi Dung berkata tarif Amerika Syarikat memberi kesan ketara terhadap eksport dan pelaburan Vietnam.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad pula mengkritik langkah tarif oleh Amerik Syarikat. Menurut beliau, ia boleh menjejaskan ekonomi negara itu sendiri dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Amerika.

Sejak dimulakan pada 1995, forum Masa Hadapan Asia yang dianjurkan setiap tahun oleh Nikkei Inc, menjadi platform penting bagi membincangkan kerjasama serantau.

Forum tahun ini memberi tumpuan kepada cara rantau Asia boleh memupuk kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi melalui kerjasama.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita