Skip to main content

Dunia

Pemimpin ASEAN meterai Perisytiharan Kuala Lumpur bagi hala tuju strategik jangka panjang

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin ASEAN meterai Perisytiharan Kuala Lumpur bagi hala tuju strategik jangka panjang

Para pemimpin memeterai Perisytiharan Kuala Lumpur di Sidang Puncak ke-46 ASEAN pada 26 Mei 2025. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 May 2025 07:24PM Dikemas Kini : 26 May 2025 08:02PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata negara-negara anggota ASEAN bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan serantau.

PM Anwar berkata demikian di Sidang Puncak ke-46 ASEAN yang berlangsung sedang kumpulan serantau tersebut menghadapi cabaran ekoran tarif Washington, lantas membawa kepada ketidaktentuan perdagangan bagi ekonomi-ekonomi serantau.

Para pemimpin memeterai Perisytiharan Kuala Lumpur iaitu satu langkah penting yang menggariskan hala tuju kumpulan itu bagi dua dekad seterusnya.

Negara-negara anggota ASEAN memantau dengan rapi tindak-tanduk yang bakal diambil oleh Presiden Amerika Donald Trump setelah penangguhan tarif selama 90 hari berakhir pada hujung Julai nanti.

PM Anwar berkata beliau sudah menulis surat kepada Encik Trump untuk meminta beliau menangani isu tarif.

PM Anwar juga memuji ASEAN kerana mengambil langkah-langkah "besar" untuk mendampingi pihak-pihak yang bertelagah di Myanmar.

Beliau menambah, Malaysia akan terus berurusan secara berasingan dengan pemerintah junta Myanmar dan kumpulan-kumpulan pemberontak bersenjata dalam usaha untuk cuba menggalak rundingan secara telus.
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita