Pemimpin Arab berhimpun di Saudi bincang pelan bangunkan semula Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan yang musnah di Jabalia di utara Carikan Gaza pada 17 Februari 2025. (Gambar: BASHAR TALEB / AFP)
RIYADH: Para pemimpin Arab berhimpun di Arab Saudi pada Jumaat (21 Feb) untuk merangka pelan pemulihan bagi Gaza yang bermatlamat untuk menentang saranan Presiden Donald Trump untuk Amerika mengambil alih wilayah itu dan memindahkan para penduduk Gaza dari tanah air mereka.
Rancangan Encik Trump itu telah menyatukan negara-negara Arab untuk menentangnya, tetapi perselisihan pendapat masih wujud mengenai siapa yang harus mentadbir wilayah Palestin yang dilanda perang dan bagaimana untuk membiayai pembinaan semula wilayah tersebut.
"Kami berada di persimpangan bersejarah yang sangat penting dalam konflik Arab-Israel atau Israel-Palestin... di mana Amerika Syarikat di bawah Trump boleh mencipta fakta baharu atas alasan yang tidak boleh diubah," kata Andreas Krieg, pakar King's College London.
Encik Trump mencetuskan kemarahan global apabila beliau mencadangkan Amerika Syarikat "mengambil alih Carikan Gaza" dan memindahkan lebih dua juta penduduknya ke Mesir dan Jordan.
Sumber yang rapat dengan kerajaan Saudi memberitahu AFP bahawa para pemimpin Arab akan membincangkan "rancangan pembinaan semula untuk menentang saranan Trump untuk Gaza".
Carikan Gaza sebahagian besarnya musnah selepas dilanda perang lebih 15 bulan antara Israel dan Hamas, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini menganggarkan bahawa pembinaan semula Gaza akan menelan belanja lebih daripada AS$53 bilion.
Semasa pertemuan dengan Encik Trump di Washington pada 11 Februari, Raja Jordan Abdullah II berkata Mesir akan membentangkan rancangan untuk membangunkan semula Gaza.
Sumber Saudi berkata, para perwakilan akan membincangkan "versi rancangan Mesir".
Saudi Press Agency yang memetik seorang pegawai mengesahkan pada Khamis (20 Feb) bahawa Mesir dan Jordan menyertai sidang puncak Riyadh bersama enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Ia juga menyatakan bahawa keputusan yang dikeluarkan selepas "pertemuan tidak rasmi" itu akan diumumkan dalam agenda sidang puncak tergempar Liga Arab yang akan diadakan di Mesir pada 4 Mac.
Seorang diplomat Arab memberitahu AFP bahawa mesyuarat itu sepatutnya bermula pada pukul 3.00 petang waktu tempatan.
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi tiba di Arab Saudi pada Khamis, menurut pejabatnya.
Pejabat Amir Qatar juga mengesahkan pemimpin negara itu, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani akan menghadiri rundingan pada Jumaat.
Sebelum ini, sumber Saudi memberitahu AFP bahawa Penguasa Palestin juga akan mengambil bahagian dalam rundingan itu.
Kaherah masih belum mengumumkan inisiatifnya, tetapi mantan diplomat Mesir Mohamed Hegazy menggariskan rancangan "berbentuk tiga fasa teknikal dalam tempoh tiga hingga lima tahun".

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.