Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin 6 kerajaan negeri terlibat dijangka bertemu, bincang tarikh bubar Dewan Undangan Negeri

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin 6 kerajaan negeri terlibat dijangka bertemu, bincang tarikh bubar Dewan Undangan Negeri

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (Gambar: BERNAMA)

GEORGE TOWN: Para pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dijangka mengadakan pertemuan minggu depan untuk berbincang mengenai tarikh sesuai bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing demi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat bersama itu digerakkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

"Perbincangan mungkin berkisar kepada kata sepakat mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada wartawan pada Jumaat (17 Feb). 

Menurut beliau, tempoh untuk mengadakan PRN kini semakin hampir.

"Waktunya (pembubaran) semakin hampir, walaupun tanpa perjumpaan itu, PRN negeri berkenaan akan tetap diadakan pada bulan Jun atau Julai nanti,” tambahnya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan