Skip to main content

Dunia

Pemilik Uniqlo, Fast Retailing bakal buka kedai pakaian diskaun pertama GU di AS

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Pemilik rangkaian pakaian global Uniqlo, Fast Retailing, menyatakan pada Khamis (4 Ogos) ia akan membuka kedai diskaun jenama GU pertamanya di Amerika Syarikat pada musim luruh ini.

Kedai itu akan dibuka di kejiranan SoHo di bandar New York, sekali gus merupakan penampilan pertama jenama tersebut di luar pasaran Asia, jelas Fast Retailing dalam satu kenyataan.

Syarikat itu sudah membuka sekitar 450 cawangan GU sejak 2006, dengan kebanyakannya terletak di Jepun. Fast Retailing sedang merancang strategi agresif untuk menembusi seluruh Amerika Utara. Pasaran itu semakin penting sedang penjualan di China terjejas akibat perintah berkurung disebabkan COVID-19.
Sumber : Agensi berita/SS/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita