Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilik premis di Johor dibenar putuskan sendiri pemakaian pelitup

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik premis di Johor dibenar putuskan sendiri pemakaian pelitup

Perniagaan di Terminal Bas Larkin (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Sep 2022 02:11PM Dikemas Kini : 09 Sep 2022 02:13PM
JOHOR BAHRU: Pemilik premis dalam bangunan negeri Johor Bahru dibenarkan untuk menentukan protokol pemakaian pelitup di premis masing-masing. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon bagaimanapun berkata kerajaan negeri amat menggalakkan pemakaian pelitup terus diamalkan terutama apabila berada di lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadah. 

Beliau juga berkata individu yang bergejala, berisiko tinggi dan imuniti rendah serta ibu mengandung turut digalakkan supaya terus memakai pelitup bagi mengelakkan penularan jangkitan koronavirus. 

"Kerajaan negeri akan terus membantu Kementerian Kesihatan dalam memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum bagi memastikan kesejahteraan rakyat. 

"Bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka ataupun boleh memilih untuk memakai pelitup muka. Namun, orang ramai amat digalakkan memakainya kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat (9 Sep). 

Menurut Encik Ling, kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan langkah pencegahan sudah membantu menyumbang kepada penurunan kes COVID-19 serta menstabilkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan kadar kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) yang rendah. 

Beliau berkata kadar penggunaan Katil Bukan Kritikal COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 21.6 peratus dengan 117 pesakit, manakala hanya tiga peratus dengan enam pesakit yang menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) setakat Rabu lepas (31 Ogos).  

"Selain itu, sebanyak 32 peratus bagi kadar penggunaan katil ICU dengan tujuh pesakit, " tambahnya yang turut memaklumkan kerajaan negeri menyambut baik keputusan Kementerian Kesihatan berkenaan penetapan pemakaian pelitup.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan