Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilik, pekerja kilang direman gara-gara pasang Jalur Gemilang terbalik

Seorang pemilik kilang dan seorang pekerja warga Indonesia direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kilang plastik dan acuan di Kawasan Perindustrian Senai pada Jumaat (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik, pekerja kilang direman gara-gara pasang Jalur Gemilang terbalik

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Sep 2020 02:57PM Dikemas Kini : 19 Sep 2020 02:59PM

KULAI: Seorang pemilik kilang dan seorang pekerja warga Indonesia direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kilang plastik dan acuan di Kawasan Perindustrian Senai pada Jumaat (18 Sep).

Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin mengeluarkan perintah reman tersebut di Mahkamah Majistret Kulai hari ini (19 Sep) bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow, kedua-dua suspek yang berusia 56 dan 23 tahun itu ditahan dalam serbuan di kilang tersebut pada 2.50 petang semalam selepas pihak polis menerima aduan orang awam yang turut menularkan gambar insiden berkenaan di media sosial.

"Ketika pemeriksaan dibuat, pemilik kilang mengaku mengarahkan pekerjanya seorang warga Indonesia berumur 23 tahun yang baru tiga bulan bekerja untuk menukarkan Jalur Gemilang yang telah lusuh.

“Bagaimanapun dia (pemilik kilang) tidak membuat pemantauan semula hingga mengakibatkan bendera tersebut dipasang terbalik sebelum ia ditularkan di media sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Penggunaan Tidak Wajar) Pindaan 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan