Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilik kelab malam Thailand ditahan susuli kebakaran ragut 15 nyawa

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik kelab malam Thailand ditahan susuli kebakaran ragut 15 nyawa

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

BANGKOK: Polis Thailand menahan pemilik kelab malam di wilayah Chonburi berhubung kejadian kebakaran yang tercetus pada Jumaat malam (5 Ogos) sehingga mengorbankan 15 pengunjung dan 35 lagi cedera.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas dia membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Phlu Ta Luang pada Sabtu malam (6 Ogos). 

Awal dari itu, Mahkamah Pattaya mengeluarkan waran tangkap terhadap lelaki itu.

Dia didakwa melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian dan mengendalikan kelab malam tanpa lesen.

Kelab malam Mountain B sebelum ini didaftarkan sebagai sebuah restoran.

Peguam Anucha Wongsrirat berkata anak guamnya "mengaku dengan semua pertuduhan".

Sementara itu, Anucha berkata anak guamnya bersetuju membayar pampasan 50,000 baht (S$1,932) kepada 15 keluarga mangsa yang terkorban dan 10,000 baht (S$287) kepada mereka yang cedera dalam kebakaran itu.

Seramai 15 pengunjung – 11 lelaki dan empat wanita maut manakala lagi 35 cedera dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam penuh sesak dengan pengunjung pada pagi Jumaat (5 Ogos). 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan