Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemilik kafe didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu

Anggaran Waktu Membaca:
Pemilik kafe didenda RM10,000 guna halal palsu pada buku menu

Gambar Hiasan (Gambar fail: Tengku Bahar/AFP)

MELAKA: Pemilik kedai makan didenda RM10,000 (S$3,260) oleh Mahkamah Sesyen di Melaka pada Khamis (3 Feb), selepas mengaku bersalah menggunakan perkataan halal tanpa perakuan daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada buku menu.

Tertuduh, Joanne To Mei Ting, 30 tahun, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pemilik tunggal sebuah kafe memperakui bahawa makanan di kedai itu adalah halal dengan ungkapan halal pada lapan buku menu tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa, seperti dinukil Sinar Harian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis perniagaan di Kampung Pantai di Melaka, pada 6.30 petang, 5 Mac tahun lalu, mengikut perintah 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 (S$32,260) atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Syazwani Zawawi mencadangkan denda tinggi diberikan kepada tertuduh kerana halal adalah isu sensitif selain mengambil kira lokasi kedai makan itu di kawasan pelancongan.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan perlu menyara anak dan ibu yang sakit, lapor Sinar Harian.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM10,000(S$3,260) dan tertuduh didapati membayar jumlah denda tersebut.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan