Pemilik gudang mercun di Narathiwat serah diri; letupan sebabkan 12 maut
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: AP
SONGKHLA: Sepasang suami isteri warga Thailand yang merupakan pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri pada Sabtu (5 Ogos).
Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb berkata kedua-dua individu berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada Polis Malaysia pada Sabtu sebelum diserahkan kepada Polis Thailand di Sadao pada 1.30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9.00 malam untuk disoal siasat.
"Mereka berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubah suai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang--undang darurat di Selatan Thailand," katanya pada satu sidang media.
Sebelum ini, Polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu berkenaan dan memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan mereka setelah melarikan diri ke negara tersebut.
Pada 29 Julai lepas, seramai 12 orang maut , manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang berkenaan.
Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah dan mengalami kerosakan dalam insiden pada 3.05 petang (waktu tempatan).
Selain itu, 41 kenderaan dan 27 motosikal turut musnah manakala lebih 3,000 penduduk terjejas.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.