Pemilihan UMNO bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Anggaran Waktu Membaca:
Barisan bendera UMNO berlatarbelakangkan Menara Dato' Onn yang menempatkan ibu pejabat UMNO. (Gambar fail: Jimin Lai/AFP)
JOHOR BAHRU: Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lalu akan diadakan pukul 9.00 pagi pada 27 Mei.
Perkara itu disahkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Abdul Halim Suleiman, namun beliau berkata lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada caretaker UMNO Bahagian Johor Bahru Shahrir Abdul Samad.
"Kita (UMNO Johor) diberikan tanggungjawab untuk menyelaras perkara itu, namun UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengeluarkan notis dalam tempoh 14 hari," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat (5 Mei).
Encik Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata proses pemilihan itu akan melibatkan jawatan di peringkat Bahagian antaranya Pengerusi Tetap, Ketua Bahagian, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian.
Pada 18 Mac lalu, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru dilaporkan ditangguh dan digantung selepas terdapat dakwaan kertas undi melebihi daripada jumlah perwakilan yang hadir.
Pada 1 April lalu, Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin dilapor berkata proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung akan diambil alih oleh Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sebelum ini, proses pemilihan UMNO dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.